Posts

Showing posts from 2015

Amacam Hidup di Beijing?

Image
Alhamdulillah, masih lagi hidup dalam nikmat Iman dan Islam. Macam dah lama tak menulis. Sejujurnya, sebelum saya ke China, perkara yang terbayang dalam kepala pasal China lagi-lagi Beijing; bangunan tinggi-tinggi, banyak  shopping complex , penduduk yang ramai tapi masih tak boleh nak bayangkan yang sebenar-benarnya. Sekali dah sampai; rupanya begini. Rupanya begitu. Benda pelik yang pertama, naik bas pintu belah erk, kanan. Iyalah, dekat Malaysia naik belah kiri. Sampai dekat 宿舍楼 (bangunan asrama) rasa aneh gitu. Saya pernah terfikir, kecik-kecik dulu, "Ada ke  sim card  yang apabila kita  call  orang, kredit orang tu ditarik sekali?" Serius, saya pernah terfikir dulu and  yes ! Wujud ! Dekat China. Tak tahu lah pula dekat negara lain pula. Wujud rupanya, bila kita  call  orang, bukan kredit kita saja yang ditarik, kredit orang itu pun ditarik juga. Itu satu. Dua ; dekat sini tak perlu lesen nak tunggang motosikal. Ye lah, rakyat ramai. Selain itu, di sini banya

Manusia Umpama Logam

Image
Seharian keluar, bermain dengan salji ialah tujuannya. Bukan selalu dapat merasa main salji. Salji-salji yang turun dari langit itu merupakan sesuatu yang sangat mengujakan! Sesuatu yang sangat menggembirakan, saya akan selalu tersenyum melihat salji-salji yang turun itu.  "Manusia itu ibarat logam, baiknya mereka di waktu jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam; jika mereka faham." Mulanya, saya sendiri tidak faham langsung untuk mentafsir hadis ini. Setelah diberi penerangan, dibincangkan, even bilamana saya sendiri yang perlu memberi semula pengisian ini; baru rasa betul-betul dekat engan hati. Baru rasa inti hadis itu benar-benar sampai, mendalam maksudnya!  Ayat  cliche ; setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.  SETIAP MANUSIA PASTI ADA KELEBIHAN YANG TERSENDIRI.  "Manusia itu ibarat logam" Agak-agak apa maksudnya? Logam punya banyak cirinya, punya banyak fungsinya. Begitu juga manusia. Dulunya, logam hanya dibuat untuk

Kisah Sebelum Terbang ke Beijing

Image
Minggu pertama di matrikulasi: "Ya Allah, kenapa laju sangat dekat sini? Ke aku yang lambat pick up ni?" "Weh, siapkan tutorials,  dengan  lab report.  Ha, jangan lupa print sekali nota; nanti claim. "    Dialog yang sangat cliche dekat matrik. Banyak lagi dialog cliche yang lain. Minggu pertama di matrik, memang tak indah lagi. Tak rasa lagi sinar kehidupan di matrik. Air mata tak pernah tak mengalir. Bukan nak cakap matrik susah sangat; tidaklah begitu.   Ingat balik ayat Allah; Allah tak akan bebankan hamba-Nya dengan ujian yang kita sendiri tak mampu hadapi. Jadi, saya perlahan-lahan hidup balik, berpegang dengan ayat itu, jalani kehidupan di matrik dengan sebaik mungkin walaupun sebenarnya banyak cabaran yang mesti dihadapi.    Nak dijadikan cerita; minggu pertama di matrik turut merupakan tarikh keluar keputusan kemasukan ke IPG. Saya tampak yakin di situ ya. Sangat yakin! Sekali,  HA! Bila check,  tak dapat. TAK DAPAT!  Ya

Snowing!

Image
   Dalam kesejukan subuh yang mencengkam sampai ke tulang sum-sum, saya terdengar suara seseorang menjerit. Cuak tak? Ha, cuak tahu!  I thought ada orang tengah bergaduh ke apa ke~ Sekali saya jenguk kepala keluar sikit dari pintu bilik, nak bagi telinga dengar butir-butir bicara suara tersebut. Suara itu sangat familiar :'D Setelah meneliti betul-betul butir perkataan daripada suara itu, Ya Allah, mana tak menjerit orang weh! Rupa-rupanya salji turun!     Alhamdulillah, siapa tak seronok kan~ Siapa tak teruja; lagi-lagi kali pertama dapat tengok salji real depan mata! 当然我很高兴。Memang tersengih lah. Sejak dari beberapa hari yang lepas, kami agak kecoh pasal salji nak turun. Semua macam, "Uish tak sabar nak tunggu hari esok, salji turun ke tak~" Sebab boleh dikatakan setiap hari, dari sebelum bergerak ke sekolah lagi dah check apps weather. Sekali check , tup tup katanya minggu ini kemungkinan salji turun, ha... Siapa tak teruja kan? Lagi pula, sekarang baru m

University Trip: Henan

Image
Bismillahhirrahmanirrahim. Soalan; "Adakah kita ini musafir; dari 六号楼 (liuhaolou) ke sekolah?" Jawapan; "Ya, musafir menuntut ilmu." Bila mana aku ke China dengan perasaan teruja, belajar semata; sebenarnya persediaan itu belum berapa nak cukup. Perkongsian, demi perkongsian; tazkirah, usrah, wuishhh, memang awesome ah. Hati pun nak makan; "makanan luar biasa". Teruja weh teruja. Ada benda lain yang perlu ditanam dalam-dalam, biar kita dapat memaknai banyak perkara. I was in a situation like , " Weh. Apsal kau nampak macam enjoy je belajar? Tak susah pun. Memang lah kan, belajar bahasa Mandarin je, kan? Tak susah macam benda lain. Satu subjek je. Tung laaa~" Mencabar jugak pernyataan tersebut *emoji sengih ada setitik peluh kat dahi* . Kita doa banyak-banyak biar Allah permudahkan perjalanan kita, sepanjang musafir di jalan menuntut ilmu ni. Belajarlah apa-apa pun, semua tu merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat.

Niujie: Perencah Cerita

Image
Pukul 10.30 pagi gerak ke Niujie. Nak gerak ke Niujie dari Beiwai naik bas no. 5; dia memang berhenti dekat hentian Niujie. Dekat situ ada Masjid Niujie, bentuknya idokler macam masjid-masjid dekat Malaysia tuh. Sebelum ini masa Hari Raya Aidil Adha kami solat dekat situlah, akak-akak bawakkan :) Kali ini saja nak ke sana beli barang-barang dapur. Nak cari teh 3 in 1 memang idokler nak jumpa. Kalau ada pun erm mahal sikit. Susu pekat pun aku tak tau lagi nak beli dekat mana. Orang sini minum teh daun rebus tu je ha.  Eh susu pekat boleh beli dekat Taobao atau Elema . Sampai dalam apa eh nama tempat tu, pasar raya dekat Niujie tu lah, ingatkan semua barang halal. Masa lunch Kak Aiman cakap, "Nanti kita tengok barang apa yang boleh beli dengan tak boleh beli."  Terkejut! Ingatkan semua dekat situ halal - 请真 (qing zhen). Okay, sebelum ketibaan Kak Aiman dekat situ, kami solat dekat Masjid Niujie. Seni binanya memang nampak gaya Cina. Masjid ini pun me