Dekstop Icons Changed to Media Player Icon


Assalamualaikum WBT.

   Jyeah, bersua kita sekali lagi. Petang yang indah dan redup-redup ni, ada satu kejadian yang mendebarkan jantung dan cuba membuatkan organ-organ dalaman aku mengalirkan darah dengan laju sekali! 


   Apa yang anda rasa jika dekstop icons laptop anda semuanya berubah? Semua berubah menjadi icon Media Player!

   Serius, perasaan tak boleh nak diungkapkan dah. Aku agak terkejut dengan apa yang dah terjadi tadi, sangat mendebarkan! Punyalah semangat aku cari jalan penyelesaian dekat internet yang berinformasi ni, macam-macam cara dah aku guna, download itu download ini, download macam-macam cara! 

Sedang-sedang aku mencari jalan penyelesaian, rupanya orang lain pun pernah ada masalah macam ni, jadi, kalau sampaikan hampir ramai orang dari luar negara pun menghadapi masalah ini, mesti ada jalan penyelesaiannya, kan? [ aku cuba positif ]

   Malangnya, semua cara yang aku guna tak menjadi. Macam-macam cara aku ikut. Memang tak menjadi, masalah apa aku pun tak tahu. Memang rumit! Melilau mata aku ni tekan perkataan yang aku sendiri tak pernah dengar, macam "mmc, regedit......."

Haaa punyalah bijak orang yang cipta segala komponen laptop nih, macam-macam keywords dia guna, jadi aku sebagai 'pemangsa' yang terkena daripada masalah yang baru aku dapat, jadi, terketar-ketarlah  mencari jalan penyelesaian. 


   PENYELESAIAN?


   Haaaaa, akhirnya, aku terbaca salah satu penyelesaian, dekat laman web Microsoft, dia tulis, "System Restore". Lepas tu, ada lah dia cakap kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. So, aku cuba.

  1. Start 
  2. Control Panel
  3. Taip dekat kotak Search "Recovery
  4. Klik Restore your computer or reinstall Windows
  5. Klik Advanced Recovery Methods
  6. Klik "Reinstall Windows

PERHATIAN! 


Diingatkan agar anda membaca dahulu setiap arahan yang dikeluarkan. Penting, sebab takut kalau tiba-tiba dokumen hilang atau kesan lain. Akhirnya, aku tersenyum (cehhhh...) Berdebar tau. Dalam kepala aku asyik terfikir, "Kena hantar kedai lappy ni..." Akhirnya, jumpa juga jalan ! Alhamdulillah  *senyum lebar* 


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online