Posts

Showing posts from August, 2015

Peraturan; Cliche lah...

Image
Tak suka baca "peraturan dibuat untuk dilanggar". Rasa macam tercabar. Diri ini turut mengaku bahawa aku sendiri pernah buat salah, pernah melanggar peraturan. Cewahhh, apa kau kisah apa aku cara kan, begitu ? Okay, topik kali ini, apa yang ingin dikupas seperti kulit bawang atau seperti kulit buah salak ? Pehhh ... 


Logik akalnya lah, kalau tak ada peraturan, adakah hidup ini bisa terurus? Bisa atau enggak? Pikirin sihhh... Kalau dekat sekolah, semestinya ada peraturan dan yang suka melanggar peraturan tu mestilah students, takkan cikgu kot... Terimalah dengan hati yang terbuka setiap peraturan yang dibuat. Terimalah... 

Contohnya, ada penambahbaikan dalam peraturan SMK ABC iaitu PELAJAR PEREMPUAN DIWAJIBKAN MEMAKAI TUDUNG LABUH SEKURANG-KURANGNYA BIDANG 60 BERSERTA HAND SOCKS, SKIN SOCKS. Haaaa amekaws! Kau rasa ada tentangan tak? Ada tak pemberontak? Semestinya lah ada! Sebab nama pun peraturan yang dibuat untuk dilanggar *heh* Betul? 


Jadi, apa yang diperlukan untuk me…

Kita Sama

Image
Kian gelap penuh noda Makin tunduk dengan bisikan dusta Bebas melangkah ke mana sahaja Tidak sedar tempatnya di dunia
Rahsia kini terbongkar Sini sana jalan semakin indah Curahan suci membuang prasangka Perlu kau sedar dunia kan fana'

Saat ku sebut indah nama-Mu Berderai laju air mataku Moga Kau sedar apa kataku

Ku bergelut untuk bernafas Bukan mudah untuk ku gapai Kerna tahu jalan berliku  Bantulah aku selalu
Ku bicara sendiri Bukan terus meratapi Kisah silam yang menghantui Kerna peluang bukan sekali
Andai jatuh jangan berundur Bangkit lalu kau terus gempur Genggam semangat juang itu Engkau mampu

Fatamorgana dunia Memudarkan cahaya terang Kentalkan jiwa untuk benar Kita sama
Sedarlah Kita sama



Tetap Ada

Image
Indahnya dulu Tika kita bersama Engkau dan aku Berlari terus menggoncang dunia

Bergetar jiwa melepaskan kau pergi Dengarlah Jangan kau lupakan aku

Sesaat berputar Moga kita tak akan putus Biarpun pergi Engkau sentiasa dalam doaku

Biarlah senyumanmu di bibir Sentiasa indah Walaupun jauh di sana

Susah senang kita bersama Genggam erat tanpa luka Tangis tawa tenang gundah Teruskan mekar hidup lagi

Ku mohon pada yang Maha Esa Biarpun seketika sahaja Memeluk erat di jannah sana Kerana rindu di hati Kepadamu wahai cinta

BTN Lipis

Image
Assalamualaikum WBT





   Dengan kudrat yang aku ada, izinkan aku menceritakan pengalaman di KBN Lipis bawah program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara KPM. Alhamdulillah, baru selesai semalam dengan penuh jaya! Serius, bagi aku kem BTN ni sudah mencapai matlamatnya untuk menanam jati diri yang selama ni bukanlah langsung tiada tetapi boleh dikatakan kurang dalam diri setiap orang.

   Bukanlah aku menidakkan semangat jati diri ini seolah-olah tiada atau kurang itu menyebabkan kita tidak cintakan negara tetapi pendedahan serta pemahaman kita terhadap dasar negara menyebabkan berlaku pelbagai fenomena yang tidak perlulah aku perkatakan. Anda boleh berfikir sendiri. Jadi, aku teruskan ya dengan cerita BTN aku.

   Aku yakin, mindset orang kalau sebut BTN mesti “politiklah ni!”, “buang masa!” dan sebagainya tapi semua negative thinking itu menyebabkan semua orang berdebar dan banyaklah tohmahan. Kem kali ini disertai oleh pelajar tajaan KPM yang akan ke Beijing dan Jordan yang sememangnya san…

'Throwback' Sikit: INTEK

Image
Assalamualaikum WBT.

   Alhamdulillah, sis baru ada idea nak tulis entri kawsss, ceh, saja nak share cerita *terima kasih sudi baca, sobsob* Okay, sebenarnya, lebih kepada sesi throwback. Orang kata move on, tapi bagi aku, ada sesetengah benda kita boleh ambik, kenang, simpan dalam kepala jadi kenangan :)




   Saat pertama aku menjejakkan kaki ke SBP Integrasi Kuantan (INTEK), aku rasakan ini satu nikmat yang sangat besar, yang telah Allah bagi. Dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5, banyak kenangan; manis, pahit, masam, kelat semua ada. Mindset sebenarnya memainkan peranan besar. Sangat besar! 



Engkorang nak aku ceghite pasal INTEK? Aku tengah semangat nih. 

   Aku mulakan cerita. 2010, pertama kali aku menjejakkan kaki di INTEK. Serius, masa aku sekolah rendah dulu, tak tahu pun, SBP itu apa, yang aku tahu MRSM saja. Aku apply je lah INTEK. Entah macam mana rupa pun aku tak tahu.

  Dari sehari ke sehari, teruskan je lah hidup. Memang banyak benda belajar, selain daripada ilmu daripada buk…