Minggu Awal di Beijing

Bismillahhirrahmanirrahim.





Jamuan kelas A4



Sudah bermula cuti untuk hari kebangsaan negara China selama seminggu, maka begitu banyaklah perancangan yang sangat pantas bermain di mindaku ini. Alhamdulillah, dah masuk hari ke-21 di Beijing dan dalam 21 hari ini banyak juga kenangannya. 

Saat pertama kali menjejakkan kaki di bumi Beijing ini, saya ingat lagi muka-muka seniors yang menyambut ketibaan kami dengan hasanah sekali. Sampai di Beijing dalam pukul 12 pagi dan mendarat dengan selamat, alhamdulillah. Teruja yang amat sangat lah kata orang. Lagi-lagi orang kampung macam saya ni ha excited sangat naik kapal terbang. Hari esok dan lusanya kami ada orientasi di kedutaan Malaysia.

 Ceh, erm, seronoklah kot orientasi

Bukan setakat belajar tentang kehidupan di Beijing serta bahasanya, saya pun masih belajar untuk menjadi seorang chef. Nak tak nak, kena nak juga memasak. Sedap tak sedap lain cerita. Oh lupa. Kami duduk dalam satu bangunan, namanya 六号楼 (liuhaolou). 

Amacam kelas mandarin setakat ini? Kalau dah nama belajar bahasa, mesti kena menghafal

Macam mana kelas mandarin setakat ini? 

Kalau dah nama belajar bahasa, mesti kena menghafal. Belajar benda lain pun mesti menghafal juga tapi spesifiknya bahasa ini, cara nak menghafal haruslah ada tekniknya. Bukan mudah nak menguasai sesuatu perkara. Pernah sekali dalam kelas, laoshi tak paham apa yang saya cakapkan, rupa-rupanya salah sebut intonasi. INTONASI. Ha, ini antara cabaran belajar Mandarin.

Makan minum sana cukup tak? 

Cukup sangat. Memasak sangat menjimatkan. Kalau makan luar pun, bolehlah nak cari kedai halal. Restoran halal pun ada dekat sini. 
Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk daripada Yang Maha Esa. InshaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online