Posts

Showing posts from October, 2015

University Trip: Henan

Image
Bismillahhirrahmanirrahim.
Soalan; "Adakah kita ini musafir; dari 六号楼 (liuhaolou) ke sekolah?" Jawapan; "Ya, musafir menuntut ilmu."
Bila mana aku ke China dengan perasaan teruja, belajar semata; sebenarnya persediaan itu belum berapa nak cukup. Perkongsian, demi perkongsian; tazkirah, usrah, wuishhh, memang awesome ah. Hati pun nak makan; "makanan luar biasa". Teruja weh teruja. Ada benda lain yang perlu ditanam dalam-dalam, biar kita dapat memaknai banyak perkara.
I was in a situation like, "Weh. Apsal kau nampak macam enjoy je belajar? Tak susah pun. Memang lah kan, belajar bahasa Mandarin je, kan? Tak susah macam benda lain. Satu subjek je. Tung laaa~"
Mencabar jugak pernyataan tersebut *emoji sengih ada setitik peluh kat dahi*. Kita doa banyak-banyak biar Allah permudahkan perjalanan kita, sepanjang musafir di jalan menuntut ilmu ni. Belajarlah apa-apa pun, semua tu merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat. Sampailah mati nanti. Ibaratnya k…

Niujie: Perencah Cerita

Image
Pukul 10.30 pagi gerak ke Niujie. Nak gerak ke Niujie dari Beiwai naik bas no. 5; dia memang berhenti dekat hentian Niujie. Dekat situ ada Masjid Niujie, bentuknya idokler macam masjid-masjid dekat Malaysia tuh. Lain lalu~ Sebelum ni masa Hari Raya Aidil Adha kami budak-budak foundation solat kat situlah, akak-akak bawakkan :) Kali ni saja nak ke sana beli barang-barang dapur. Nak cari teh 3 in 1 memang idokler nak jumpa. Kalau ada pun erm mahal sikit. Susu pekat pun aku tak tau lagi nak beli dekat mana. Orang sini minum teh daun rebus tu je ha...


Sampai dalam apa eh nama tempat tu, pasaraya dekat Niujie tu lah, ingatkan semua barang halal. Masa lunch Kak Aiman cakap, "Nanti kita tengok barang apa yang boleh beli dengan tak boleh beli." Terkejut! Ingatkan semua dekat situ 请真 (qing zhen). Okay, sebelum ketibaan Kak Aiman dekat situ, kami solat dekat Masjid Niujie. Seni binanya memang nampak gaya Cina. Masjid ni pun jadi tumpuan pelancong. Masuk-masuk ada pak cik tegur, "…

Dongwuyuan: Barang Murah

1 Oktober 2015. Dah nak masuk bulan kedua di Beijing. Alhamdulillah. Sekarang dah pun masuk musim luruh atau dalam bahasa omputihnya autumn lah. Dalam bahasa Cinanya 秋天 (qiutian). Dalam pukul 8 pagi aku bukak tirai bilik pehhhh tengok pokok ditiup angin kencang pehhh aku dah dapat rasa angin kat luar mungkin sejuk. Walau bagaimanapun tak sangka lah sekencang ini! Ceh over pulak. Serius. Plan hari ni nak keDongwuyuan.Jadi dalam pukul 9 aku dengan budak-budak lain kumpul dekat depanliuhaoloupehhh angin diaaa, aku yang berat ni pun rasa nak melayang *ceh* Angin kuat ditambah dengan suhu yang sejuk, tak macam angin kuat dekat Malaysia tu.


   Nak ke Dongwuyuan dari Beiwai boleh naik bas atau subway. Pilihan yang okay naik bas lah senang. Naik bas bernombor 563, nanti dia bawa terus sampai ke Dongwuyuan tu. Bagi aku la, subway mahal sikit ditambah lagi dengan orang ramai. Andainya nak simpan wudhu la kononnya, kau masuk je subway terus batal. Nampak tak... Kalau naik bas pun sama tapi ada la…