Dongwuyuan: Beli-belah Barang Murah


1 Oktober 2015. 

Dah nak masuk bulan kedua di Beijing. Alhamdulillah. Sekarang dah pun masuk musim luruh atau dalam bahasa omputihnya autumn lah. Dalam bahasa Cinanya 秋天 (qiutian). Pukul 8 pagi buka tirai bilik melihat pokok ditiup angin kencang, fuh!

 Dari dalam bilik dah dapat rasa angin di luar sangat kencang, sejuk dan berhabuk. Nak ke Dongwuyuan dari Beiwai boleh naik bas atau subway. Pilihan yang okay naik bas lah senang. Naik bas bernombor 563, nanti dia bawa terus sampai ke Dongwuyuan. Durasi perjalanan hanyalah 5-10 minit sahaja (kalau tak jammed teruk). Di kawasan ini ada Beijing Zoo (namanya Dongwuyuan; Dongwuyuan = zoo), muzium dinasour, planetarium, pusat beli-belah, macam-macam lagi. Sebenarnya, bangunan beli-belah yang kami selalu pergi ni ada nama lain cuma disebabkan bangunan itu sudah dekat dengan zoo, jadi panggil Dongwuyuan saja lah. Dalaman bangunan ini lebih kurang macam Kompleks Teruntum di Kuantan. 

Antara tips membeli-belah sebagai newbie di Beijing adalah kena yakin. Contoh; kalau dekat Malaysia kita belek-belek, rasa tak nak beli, kita pun angkat kaki lah. Dekat sini sekali kita dah tunjuk walaupun nak tengok saja barang tu, dia punya paksa beli tu kemain ya. Kalau tak nak beli juga, pergi saja dari situ, jangan dilayan. Saya nak beli beg harga asal dalam 75 元, lepas tawar-menawar dapat 50 元. Kemudian, cari kasut pula. Harga asal dalam 280 元 tapi dapat dalam 95 元. Jenuh juga nak bercakap dalam bahasa Cina ni. Cerita dia, sebab kita bukan orang tempatan, harga memang tinggi. 

Barangan di sini memang murah-murah. Baju-baju yang orang-orang Malaysia jual online dekat IG macam baju tidur sejuk ala-ala Korea tu agak mahal tapi dekat sini bawah 50 元 sahaja. Kena hati dan minda yang sado nak tawar-menawar. Kalau tak, menangis pula kena jerkah dengan pak cik mak cik akak abang yang mencari pelanggan tu.

Lepas beberapa ketika duduk dekat Beijing; kita akan 习惯 (xiguan/kebiasaan) dengan 生活 (shenghuo/kehidupan) orang sini. Orang sini kebanyakannya beli online sahaja. Banyak laman web yang berniaga atas talian; paling famous ialah Taobao, JD dan banyak lagilah. Just click and masukkan password bank anda; selesai! Apa-apa barang, semua beli dekat atas talian; senang cerita. Memang murah lah. Contoh; beg, kasut, baju, seluar, buku, makanan, minuman. 

Catatan: Dah lama saya tulis pasal Dongwuyuan. Mengikut arus zaman, tempat ini juga sudah ditutup. Seperti mana hikayat seorang manusia.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online