Posts

Showing posts from December, 2015

Amacam Hidup di Beijing?

Image
Alhamdulillah, masih lagi hidup dalam nikmat Iman dan Islam. Macam dah lama tak menulis. Sejujurnya, sebelum saya ke China, perkara yang terbayang dalam kepala pasal China lagi-lagi Beijing; bangunan tinggi-tinggi, banyak  shopping complex , penduduk yang ramai tapi masih tak boleh nak bayangkan yang sebenar-benarnya. Sekali dah sampai; rupanya begini. Rupanya begitu. Benda pelik yang pertama, naik bas pintu belah erk, kanan. Iyalah, dekat Malaysia naik belah kiri. Sampai dekat 宿舍楼 (bangunan asrama) rasa aneh gitu. Saya pernah terfikir, kecik-kecik dulu, "Ada ke  sim card  yang apabila kita  call  orang, kredit orang tu ditarik sekali?" Serius, saya pernah terfikir dulu and  yes ! Wujud ! Dekat China. Tak tahu lah pula dekat negara lain pula. Wujud rupanya, bila kita  call  orang, bukan kredit kita saja yang ditarik, kredit orang itu pun ditarik juga. Itu satu. Dua ; dekat sini tak perlu lesen nak tunggang motosikal. Ye lah, rakyat ramai. Selain itu, di sini banya