Posts

Showing posts from 2016

一本书

Image
当我七,八岁的时候,我能看完两百页的小说。因为我妈妈是一个老师所以很容易在学校图书馆借书。那时候,我不知道怎么借书。所以,每天我妈妈都会带一本给我看。我一天能看完一本。    我最喜欢看历史类和生活类的。我真的要看《马来历史》,但是这本书在马来西亚没有了。因为很久很久以前,英国人已经把这本书带走英国去了。现在这本书在牛津大学。人家都不能看这本书因为是个宝贵文物。    当我七岁的时候,我爸爸给我买了一本特别的书。我每天都会看这本书。妈妈说这本书的内容很丰富也很全;有过去的事,现在的事,未来的事,历史,财经,科幻,等等。但是呢,那时候我一点儿也不明白妈妈的意思。那本书虽然我已经读完,但是我还是不明白它的内容。    当我十六岁的时候,那本书看起来已经很旧了。所以妈妈买新的送给我。妈妈说,"你难过的时候,高兴的时候,别忘了看这本书。一天看一页就行了。只要你用你最深的心,实在地看这本书,你就一定能通过所有的生活困难。"    当初我没感到那种感觉,我觉得很难才能明白一句一句的意思。但是,现在我慢慢得了解,慢慢得明白妈妈的意思。    现在,这本书对我很重要。这本书的名字就是《Gûlánjīng》。 Edited by: Syazwa Najihah

Si Kitol

Image
Tahu apa rahsia yang diberitahu kepada Portugis oleh Si Kitol, sang pengkhianat? Dia bilang sama itu Portugis, "Kalau mahu menyerang Melaka, serang pada waktu Subuh kerana orang-orang sini lewat bangun subuh."

Dear Friend

Dear friend,

   "Believe me, every time I miss you , I pray for you to be constantly surrounded by kindness . Although it's difficult to find a place in your heart , but your name is always mentioned."

   Please, believe me.

Human Like You

"Don't be afraid in front of me, just because Allah covers me; doesn't meant that I'm perfect. Yet, still a human that need to repair own mistakes; not only to take care of others. As I'm also have a heart to care about. Sometimes, let myself; me and Allah." 4 April 2016

Harapan

   After we put hard works, efforts and even struggling (although a bit ah); be ready for every single things that will happen next.    Kita memang sungguh-sungguh dalam membuat sesuatu perkara, apatah lagi sungguh-sungguh tu tahap sampai muntah hijooo; kita jugak kena lah sungguh-sungguh untuk lapangkan hati untuk terima segala keputusan yang kita dapat selepasnya.    Ramai yang meletakkan harapan kejayaannya dalam sesuatu hal itu mungkin sebanyak 99%, lantas diuji; mental break down terus. Sebab menganggap 1% kemungkinan kegagalan itu; andai wujud mungkin tidak akan memberi kesan besar. Tapi akhirnya 1% itu lah yang pehhh!   Setelah sedar langsung berfikir; dalam setiap perkara terjadi dalam hidup, harapannya ada pada Tuhan.    Dia tahu dan mengerti dalam segala tindak-tanduk kita; Dia juga faham apa yang terbaik untuk kita. Dengan bergantung kepada-Nya, timbul redha tu kan? Barulah hati redha dengan tenang.    Semoga kita semua akan terus-menerus diberikan kebenaran melalui pancaindera k…

Merdeka

Image
Selamat Hari Merdeka, Malaysia. Aku hargai jasamu sang pendekar, yang terburai daging, yang mati disiksa, yang ditembak. Semua itu tidak wajar dilupakan anak bangsa. Andai luput sejarah, maka tiada siapa yang tahu asal usulnya. Kerana wujud manusia yang sering berkata, Malaysia ini tiada apa-apa.  Andai tidak mahu bersyukur menetap di bumi Malaysia, maka beransurlah ke bumi lainnya. Ayuhlah anak bangsa, naikkan kembali zaman kita dahulu.  Bukan menjadi anak bangsa yang tidak menyumbang untuk negara. Malaysia selamanya tanah air ku. - 31 Ogos 2016

Sangka Baik

Bukan satu akhlak yang baik untuk memandang rendah terhadap manusia lain, sedangkan Tuhan sendiri tidak membezakan manusia dengan mana-mana darjat. Jangan terkejut, yang menjadi tukang sapu itu dulunya seorang guru cemerlang. Jangan terlompat, yang menjadi drebar teksi itu dulunya seorang askar yang pernah membarisi barisan depan pertahanan negara. Jangan terlopong, yang menjadi penjual pisang goreng di tepi jalan itu dulunya seorang business woman di luar negara. Jangan ternganga, yang menjadi pekerja di pam minyak itu dulunya seorang ahli sains. Jangan mencemuh andai ada yang datang menghampiri meminta sedekah kerana anaknya terlantar di atas katil hospital dan memerlukan wang untuk membayar bil. Jangan cepat lantang bersuara andai rakan yang tadinya lalu di sebelah tidak membalas senyuman kerana tadi dalam fikirannya berselirat dengan berita sedih tentang kehilangan ahli keluarga. Jangan mudah marah andai tadi ada orang berlari-lari lalu terlanggar bahu kerana tadi dia sedang menuju ke ru…

Carut

Carutan sudah menjadi kebiasaan manusia. Carut sana, carut sini. Sekejap, sekejap, "bodoh". Sekejap, sekejap, "babi". Itu perkataan paling biasa katanya. Ada pula carutan zaman moden. Entah apa-apa perkataannya. Bila mahu berhenti?

Wuhan: Bertemu Cinta

Image
Assalamualaikum WBT.


   Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk hidup, untuk merasai nikmat seorang Muslim, untuk berbakti kepada orang lain, untuk menunaikan kewajipan dan banyak lagi nikmat yang Allah bagi. 


   Siapa sangka, ceh, maksud ayat dekat sini (sis sendiri tak menyangka) bahawa sis berpeluang untuk pergi ke sebuah tempat di China ini, yang dinamakan sebagai Wuhan. Alhamdulillah, diberi peluang dan dengan jagaan Allah, saya dan ahli usrah yang lain; seramai 4 orang berpeluang untuk ke Wuhan. Why uols pergi Wuhan ni?


 Okay, ceritanya, kami ada dua orang ahli usrah; iaitu Athirah dan Anis yang belajar di Wuhan University ataupun dalam bahasa Cina disebut sebagai Wuhan Daxue (Wuda), jadi, setelah hampir dua bulan usrah bersama mereka menggunakan video call di WeChat ataupun Skype, jadi, dengan kesempatan hujung minggu ini, kami dapat bertemu sendiri dengan mereka di sana. Cumanya, Zakiah tak dapat nak join saya, Farhanim, Ain dan Kak Husna ke Wuhan kerana sakit. 





   Cerita …

Wida' : Sayonara Jahiliah

Image
Alhamdulillah, masih lagi bernafas, masih lagi dapat hidup hari ini, dapat bangkit daripada tidur dan hidup! Semalam punya mengantuk memang mengantuk betul, pukul 9 dah start mengantuk tapi gagahkan juga buat kerja, akhirnya pukul 10 memang dah terlelap. Pukul 10 tu rancangnya nak prepare sikit untuk program hari ini; konon nak baca sikit tapi itu hanyalah perancangan. Seminggu dua ni asyik lost je, so there was someone who had gave me a present; 39:2. Jazakillah :)


   Program hari ini agak berbeza sikit, ceh, berbeza tempat. Kalau sebelum ini dilaksanakan di Dewan Wenhua, BFSU. Hari ini di dewan lain pula; yang terletak di luar BFSU. Alhamdulillah, hari ini dapat lagi tambah ilmu, update diri.


   Program hari ini berpandukan satu tema iaitu Wida': Sayonara Jahiliah. Jadi, tak kenal maka tak cinta tapi kali ini kita kenal bukan untuk mencintai tapi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jahiliah. Slot pertama yang dikendalikan oleh Kak Ainur, semestinya menjelaskan dengan lebih…

University Trip: Chengde

Image
   Trip semester 3 kali ini, mybatch bersama-sama dengan batch second year telah pergi ke sebuah tempat yang bernamaChengde.Chengde terletak di province Hebei. Perjalanan dari Beijing ke Chengde dengan menggunakan lebuh raya Jincheng hanya mengambil masa tiga jam dengan menaiki bas. Oh ya, Chengde terletak di northeast Beijing. Chengde bukanlah bandar besar seperti Beijing. Apa yang saya nampak, Chengde merupakan sebuah bandar yang sedang membangun. Terdapat banyak pembangunan perumahan, pejabat yang ligat dibina di kiri dan kanan jalan raya. Jalan raya di Chengde juga mengalami penambahbaikan. Apa yang menariknya Chengde? Apa yang kami dapat sepanjang uni trip ini? Okay, let me tell you a not so long story.






Day 1:

   Macam biasa, kami harus berkumpul di pintu gerbang kampus sebelah timur pada pukul 7:30 pagi. Dalam pukul 8 pagi, kami memulakan perjalanan menuju ke Chengde. Sepatutnya 7:45 pagi sudah bergerak, tapi ada sebuah bas mengalami kesesakan lalu lintas, jadi perjalanan kami dah…

Safari Beijing

Image
Turun bawah, dah siap nak bergerak ke Safari, eh Anis tak turun lagi. Tunggu Anis sekejap. Baru keluar dari pintu pagar sekolah, eh kad pelajar Syaf tertinggal. Kalau ada kad pelajar, harga boleh kurang sikit.


   Dah sampai dekat bus stop, tunggu 10 minit bas dah sampai. Baru nak naik bas, eh bas berlalu pergi macam tu je. Tak perasan kot ada penumpang dah lama berdiri dekat tepi tu. Kena tunggu lagi. Beberapa minit lepas tu, bas 563 sampai. Kami naik. Berhenti di depan National Library, masuk stesen subway National Library. Perjalanan ke Tiangongyuan bermula.


   Dari stesen National Library sehinggalah ke stesen terakhir di Tiangongyuan harus melalui 26 stesen kesemuanya. Lama memang lama beb! Dapat tempat duduk terus duduk! Akhirnya, selepas hampir sejam lebih dalam subway, sampai juga di destinasinya. Eh tapi belum sampai lagi ke Safari. Kena naik kuai che dulu atau pun teksi untuk ke sana. Pergi balik 120 kuai. Kuai che ini dalam bahasa Melayu ialah kereta laju la kot. Kuai (laju…