Posts

Showing posts from August, 2016

Chaoyangmen

Image
Baru setahun tinggal di Beijing, tak semua tempat di bumi Tembok Besar ini diterokai. Antara tempat menarik yang pernah aku pergi ialah Beijing World Park, Forbidden City, Qianmen, Beijing Olympic Park, Summer Palace, Chaoyangmen, taman-taman yang ada di Beijing serta lain-lain tempat.
Sis cuma nak bagitahu, kadang orang pergi ke negara China nak beli sutera, alas meja, cadar serta cenderahati yang murah-murah, setakat yang aku pernah pergi dan survey, tempat tersebut terletak di Chaoyangmen atau di Hongqiao. Kedua-dua tempat ini semestinya terletak di Beijing. Mungkin akan ada yang kata barangan di Guangzhou lebih murah dan sebagainya namun saya hanya mampu memberikan info di Beijing sahaja setakat ini.
Barang-barang seperti fridge magnet, alas meja, cadar, baju serta key chains sis beli di Chaoyangmen. Chaoyangmen ni satu tempat yang besar, di kawasan ini ada sebuah bangunan yang menjual barang-barang yang aku sebutkan di atas tu. Di luar bangunan ni banyak papan tanda Bahasa Rusia. …

Bila Rasa

بسم الله الرحمن الرحيم.

Bila rasa diri hampir berputus asa, fikirlah kerana apa kita perjuangkan jalan ini?
Bila rasa sakitnya hati ini terlalu pedih dek manusia, pernahkah kita terfikir perlakuan sebegitu terhadap orang lain?
Bila rasa beranggapan tiada siapa yang teringatkan kita, pernah terfikirkah bahawa ada yang selalu mendoakan?
Bila rasa mahu mendongak tinggi ke langit, adakah kita lupa siapakah pemilik segalanya?
Bila rasa semua benda yang kita perlukan ini tidak berbaloi untuk waktu sekarang, bersabarlah kerana mungkin pada masa akan datang, bakal kita tahu hikmahnya?
Bila rasa diri tidak diperlukan, pernah terfikir sejauh manakah amal kita berjalan?
Bila rasa tiada sesiapa yang bisa memahami kita, adakah kita tidak terfikir bahawa Tuhan sudi mendengar luahan?
Bila rasa nikmat sudah cukup, pernahkah terfikir untuk memberikan walaupun sedikit untuk yang lain?
Bila rasa kita tidak punya apa-apa, masihkah bisa untuk menyuap sesuap makanan ke dalam mulut?
Bila rasa dugaan kita sahaja yan…