Posts

Showing posts from November, 2016

Wuhan: Bertemu Cinta

Image
Assalamualaikum WBT.


   Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk hidup, untuk merasai nikmat seorang Muslim, untuk berbakti kepada orang lain, untuk menunaikan kewajipan dan banyak lagi nikmat yang Allah bagi. 


   Siapa sangka, ceh, maksud ayat dekat sini (sis sendiri tak menyangka) bahawa sis berpeluang untuk pergi ke sebuah tempat di China ini, yang dinamakan sebagai Wuhan. Alhamdulillah, diberi peluang dan dengan jagaan Allah, saya dan ahli usrah yang lain; seramai 4 orang berpeluang untuk ke Wuhan. Why uols pergi Wuhan ni?


 Okay, ceritanya, kami ada dua orang ahli usrah; iaitu Athirah dan Anis yang belajar di Wuhan University ataupun dalam bahasa Cina disebut sebagai Wuhan Daxue (Wuda), jadi, setelah hampir dua bulan usrah bersama mereka menggunakan video call di WeChat ataupun Skype, jadi, dengan kesempatan hujung minggu ini, kami dapat bertemu sendiri dengan mereka di sana. Cumanya, Zakiah tak dapat nak join saya, Farhanim, Ain dan Kak Husna ke Wuhan kerana sakit. 





   Cerita …

Wida' : Sayonara Jahiliah

Image
Alhamdulillah, masih lagi bernafas, masih lagi dapat hidup hari ini, dapat bangkit daripada tidur dan hidup! Semalam punya mengantuk memang mengantuk betul, pukul 9 dah start mengantuk tapi gagahkan juga buat kerja, akhirnya pukul 10 memang dah terlelap. Pukul 10 tu rancangnya nak prepare sikit untuk program hari ini; konon nak baca sikit tapi itu hanyalah perancangan. Seminggu dua ni asyik lost je, so there was someone who had gave me a present; 39:2. Jazakillah :)


   Program hari ini agak berbeza sikit, ceh, berbeza tempat. Kalau sebelum ini dilaksanakan di Dewan Wenhua, BFSU. Hari ini di dewan lain pula; yang terletak di luar BFSU. Alhamdulillah, hari ini dapat lagi tambah ilmu, update diri.


   Program hari ini berpandukan satu tema iaitu Wida': Sayonara Jahiliah. Jadi, tak kenal maka tak cinta tapi kali ini kita kenal bukan untuk mencintai tapi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jahiliah. Slot pertama yang dikendalikan oleh Kak Ainur, semestinya menjelaskan dengan lebih…

University Trip: Chengde

Image
   Trip semester 3 kali ini, mybatch bersama-sama dengan batch second year telah pergi ke sebuah tempat yang bernamaChengde.Chengde terletak di province Hebei. Perjalanan dari Beijing ke Chengde dengan menggunakan lebuh raya Jincheng hanya mengambil masa tiga jam dengan menaiki bas. Oh ya, Chengde terletak di northeast Beijing. Chengde bukanlah bandar besar seperti Beijing. Apa yang saya nampak, Chengde merupakan sebuah bandar yang sedang membangun. Terdapat banyak pembangunan perumahan, pejabat yang ligat dibina di kiri dan kanan jalan raya. Jalan raya di Chengde juga mengalami penambahbaikan. Apa yang menariknya Chengde? Apa yang kami dapat sepanjang uni trip ini? Okay, let me tell you a not so long story.






Day 1:

   Macam biasa, kami harus berkumpul di pintu gerbang kampus sebelah timur pada pukul 7:30 pagi. Dalam pukul 8 pagi, kami memulakan perjalanan menuju ke Chengde. Sepatutnya 7:45 pagi sudah bergerak, tapi ada sebuah bas mengalami kesesakan lalu lintas, jadi perjalanan kami dah…