Wuhan: Bertemu Cinta


Salah sebuah bangunan di Wuhan University 


Assalamualaikum WBT.


   Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk hidup, untuk merasai nikmat seorang Muslim, untuk berbakti kepada orang lain, untuk menunaikan kewajipan dan banyak lagi nikmat yang Allah bagi. 


   Siapa sangka, ceh, maksud ayat dekat sini (sis sendiri tak menyangka) bahawa sis berpeluang untuk pergi ke sebuah tempat di China ini, yang dinamakan sebagai Wuhan. Alhamdulillah, diberi peluang dan dengan jagaan Allah, saya dan ahli usrah yang lain; seramai 4 orang berpeluang untuk ke Wuhan. Why uols pergi Wuhan ni?
   

   Okay, ceritanya, kami ada dua orang ahli usrah; iaitu Athirah dan Anis yang belajar di Wuhan University ataupun dalam bahasa Cina disebut sebagai Wuhan Daxue (Wuda), jadi, setelah hampir dua bulan usrah bersama mereka menggunakan video call di WeChat ataupun Skype, jadi, dengan kesempatan hujung minggu ini, kami dapat bertemu sendiri dengan mereka di sana. Cumanya, Zakiah tak dapat nak join saya, Farhanim, Ain dan Kak Husna ke Wuhan kerana sakit. 



'Aisy


   Cerita kami di sana lebih kurang macam ni:


   Jumaat, 25/11: Depart pukul 10 malam, sampai lebih kurang pukul 12 tengah malam. Dekat airport, dah ada teksi yang tunggu. Dari airport ke Wuda lebih kurang satu jam, jadi sampai je dekat sana Athirah dah sedia menunggu. Sebenarnya saya dan Ain memang sangat excited. Serius! Tak sabar-sabar nak jumpa orang jauh! Tak sabar-sabar nak tengok tempat baru! Saya dan Ain bermalam di bilik Athirah. Sampai je dalam bilik, duduk rehat kejap, taraaa! Kak Husna dan Kak Atip datang bilik Athirah dan paling special, Kak Husna bawakkan kaoya (roasted duck) yang dibawa khas dari Beijing untuk Athirah, ceh bukan Athirah je makan, semua makan. Athirah memang dah bagitahu siap-siap nak makan kaoya haa, alhamdulillah akhirnya impian sudah tercapai. Dalam pukul 3 pagi macam tu, baru masuk tidur haa. 


   Sabtu, 26/11: Pukul 7:30 pagi, kami gerak pergi kantin depan bangunan asrama minum air soya panas yang berharga 2 kuai sahaja. Fuh, dap! Memang ori betul rasanya, tak ada apa-apa tambahan dalam minuman tersebut, hanya lah soya yang dikisar hancur, ditapis dan terus minum! Memang elok sangatlah minum waktu sejuk-sejuk macam ni. Haa, suhu sejuk memang sejuk, tapi tak sampai negatif lagi. Paling rendah setakat kami dekat sini dalam 6 Celcius.


Air soya 2 kuai



Bas kampus

   Kemudian, kami mulakan hari kami dengan aktiviti menjelajah Wuda. Wuda ini antara universiti yang dah lama bertapak di atas bumi ini, ceh, dari tahun 1893 lagi, kira-kira 123 tahun lamanya berdiri teguh. Wuhan University ini dikatakan antara universiti yang tercantik di China, lagi-lagi pada musim bunga. Keluasan universiti ini memang sangat luas dan of course banyak fakulti dekat sini. Jadi, memang ramailah pelajar di universiti ini. 



美好的回忆


   Disebabkan Wuda sangat luas, dalam Wuda ada disediakan bas untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jadi, tak adalah rasa penat sangat, lagi-lagi jalannya berbukit-bukit. Kalau dekat Beijing, jalannya straight je melainkan kalau pergi kawasan berbukit. Kemudian, kami pergi ke sebuah tasik yang terletak di sebelah Wuda. Tasik ni merupakan tempat yang kena pergi kalau datang Wuhan, haa ayat ni Athirah lah yang cakap. Tasik ni sangat besar! Di situ, kami duduk atas jeti yang menghadap tasik dan mulakan usrah. 



Inilah tasiknya!

   Usai usrah, kami balik asrama semula untuk menunaikan solat dan kemudian ke restoran Indian Marka untuk makan tengah hari. Kemudian, sambung lagi pusing-pusing dalam Wuda. Walaupun sekarang musim sejuk tapi macam saya kata dekat atas, sejuknya taklah sejuk seperti kebanyakkan tempat di kawasan utara, contohnya Beijing. Walau bagaimanapun, di Wuhan tiada heater! Fuhhh bangun pagi memang sejuk! Ya Rabbi, sejuk sangat. Cikgu pun pernah bagitahu, di kawasan selatan China memang tak pasang heater


Depan Restoran Indian Marka


   Okay sambung cerita, petang tu saya, Ain dan Kak Husna keluar bertiga pergi ke tasik semula. Yang lain berehat di dalam bilik. Kononnya sekadar nak berjalan, duduk, bercakap; haa tak lama tu kami naik bot! Pehhh memang best, mantap dia memang nak tercabut jantung! Naik bot laju tu, haaa kemain pak cik tu bawak bot tu, ke kiri ke kanan phew! 


   Balik petang tu, solat dan teruskan langkah kami di bandar Wuhan ini. Kami berjalan keluar dari kampus, naik bas 2 kuai, 5 stesen berikutnya, kami turun untuk makan malam dahulu. Restoran yang kami pergi kali untuk malam ini merupakan sebuah rumah apartment! Bayangkan, rumah di China ini memang sangat kecil. Jadi, restoran itu luasnya kecil sahaja tapi ramai yang datang makan. Tukang masaknya hanya seorang, tauke restoran itu sendiri iaitu Encik Abdul Hamid. Nampak lah muka macam orang Arab.


Dap!


   Hari sudah pun gelap, kami berjalan di sebuah tempat yang bernama Hanjie. Hanjie ini merupakan sebuah street, kiri kanan ialah kedai-kedai, kalau macam dekat Beijing lebih kurang Qianmen. Sempatlah beli cenderahati nak bawak balik Beijing.


Tengok belakang, suasana bandar Wuhan walaupun kami conquer gambar


   Ahad, 27/11: Disebabkan saya dan Kak Husna balik Beijing dengan menaiki kapal terbang, seawal pukul 6:30 pagi lagi kami dah mula gerak ke airport. Kak Atip, Anis dan Athirah hantar kami di depan asrama. Serius, sayu! 我舍不得离开了她们。Ain dan Farhanim pulak naik gaotie (high-speed railway) pulang ke Beijing. Alhamdulillah, saya dan Kak Husna sampai di Beijing lebih kurang pukul 11 pagi, selamat sampai asrama dalam pukul 12 tengah hari. Manakala Ain dan Farhanim pula selamat sampai dekat Beijing lebih kurang pukul 2 petang.


   Alhamdulillah, walau pun singkat saja pertemuan kami tapi saya sangat bersyukur. Kami beli tiket dalam minggu lepas jugak, dua tiga hari sebelum pergi Wuhan. Memang banyak cabaran dan masalah nak membeli tiket ni, contohnya, tiket untuk balik ke Beijing hanya saya dan Kak Husna saja yang sempat beli. Tiket untuk Ain dan Farhanim dah tak boleh nak beli. Jadi, saya dan Ain fikir ikhtiar lain. Mula-mula dah jumpa tiket untuk balik tapi balik lambat lah, lebih kurang pukul 11 malam. Dah selesai membeli tiket, Astaghfirullahhalazim, salah beli tiket! Kami terbeli tiket dari Beijing ke Shanghai. Masa tu memang perasaan bercampur baur, tak tahu nak menangis ke tak, nak stress ke tak, nak buat apa lah waktu tu. Jadi, lepas tanya pendapat kawan, kawan kata cuba call orang airlines. Jadi, saya memang cari nombor telefon airlines yang kami tersalah beli. Penerbangan yang kami beli tu ialah Hainan Airlines. Nak dijadikan cerita, airlines pun kami tersalah call. Dah cakap panjang lebar, rupa-rupanya China Southern Airlines. Kemudian, bila call Hainan Airlines, dia kata urusan ni kena berhubung dengan ejen yang uruskan tiket kami. Kemudian, barulah kami call E-Long, laman web beli tiket kapal terbang ni lah. Alhamdulillah, dapatlah jugak separuh duit daripada pembelian tiket yang salah tadi. Selepas itu, baru proceed beli tiket gaotie.





   Walaupun sehari saja dapat meluangkan masa bersama-sama, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Bukan saja dapat melihat tempat baru tapi dapat juga eratkan lagi jalinan antara kami. Dalam apa-apa perkara, andai niat tidak kukuh, kelak susahlah kita. Kalau kita bersungguh-sungguh meletakkan sepenuh harapan kepada Allah dan bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu, InshaAllah, Allah pasti akan membuka jalan dan ruang kepada hamba-Nya. 

   
   Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Bertemu kita kerana Allah, berpisah kita kerana Allah. Biarlah setiap pertemuan dan perpisahan kita sentiasa berada dekat dengan Allah. Memandang setiap wajah dengan harapan, semoga sentiasa istiqamah dalam setiap kebaikan dan bersama-sama memaknai ikatan dan jalinan yang Allah redhai.


Dan milik Allah lah bala tentera langit dan bumi 48:4


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online