Sangka Baik

Bukan satu akhlak yang baik untuk memandang rendah terhadap manusia lain, sedangkan Tuhan sendiri tidak membezakan manusia dengan mana-mana darjat.
Jangan terkejut, yang menjadi tukang sapu itu dulunya seorang guru cemerlang.
Jangan terlompat, yang menjadi drebar teksi itu dulunya seorang askar yang pernah membarisi barisan depan pertahanan negara.
Jangan terlopong, yang menjadi penjual pisang goreng di tepi jalan itu dulunya seorang business woman di luar negara.
Jangan ternganga, yang menjadi pekerja di pam minyak itu dulunya seorang ahli sains.
Jangan mencemuh andai ada yang datang menghampiri meminta sedekah kerana anaknya terlantar di atas katil hospital dan memerlukan wang untuk membayar bil.
Jangan cepat lantang bersuara andai rakan yang tadinya lalu di sebelah tidak membalas senyuman kerana tadi dalam fikirannya berselirat dengan berita sedih tentang kehilangan ahli keluarga.
Jangan mudah marah andai tadi ada orang berlari-lari lalu terlanggar bahu kerana tadi dia sedang menuju ke rumah melihat ibunya yang sakit.
Jangan mengutuk orang yang berpakaian lusuh melangkah masuk ke dalam mall besar kerana mall itu bukan untuk orang kaya-kaya saja.
Benar, bukan mudah untuk bersangka baik.

Comments

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Temuduga IPG : Sejarah 2015

Kau Belajar dekat China ?!?