Renew IC, Lesen di UTC Kuantan



UTC Kuantan - sumber Google


Assalamualaikum WBT. 


   Okay, nak cerita lah harini pergi UTC Kuantan atas beberapa urusan. Ceh, ayat, macam drama Melayu set-set orang bisnes. Okay, straight to the main story lah, ada beberapa cerita yang aku nak kongsi.


   Biasalah kan, kalau nak buat apa-apa urusan macam pergi bank ke, buat IC ke, renew passport ke, bayar bil ke, apa-apalah urusan mesti pergi awal pagi, kan? Mesti punyalah, kalau tak ramai je orang. Macam kisah aku harini, mula-mula nak ke Tabung Haji di UTC Kuantan (tingkat 2). Masalahnya, aku sampai pukul 12 tengah hari, giler kau orang menunggu sampai di luar ruang pejabat Tabung Haji! Mak aihhh, lama tu nak tunggu. Jadi, tak jadilah aku nak masuk, sebab urusan aku tak adalah terburu-buru sangat. Dulu aku pergi Tabung Haji di UTC Kuantan pukul 8:30 pagi ha. Tak silap aku pejabat tak buka lagi waktu tu, alah, tunggu sekejap je, lepas tu buka dah ha. Bukan aku je yang datang awal, ada juga beberapa orang yang lain turut menunggu sebelum waktu pejabat dibuka. Ha! 



   Kemudian, aku ke tingkat bawah, pergi pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Fuh, tekan nombor, ambik nombor, duduk sekejap. Tengok dekat skrin paparan nombor, keluar nombor aku. Tempat duduk nampak macam penuh tapi urusan siap cepat belaka, orang yang tunggu pun ada yang tunggu lesen. Lesen P aku tamat 23/3/2017. Aku pun ke JPJ sebab nak renew, lagipun aku dah dekat Beijing waktu tu. Kemudian, kami berdialog, ceh! 




Pegawai JPJ: Lesen paling awal nak renew 5 hari sebelum. Sekarang tak boleh lagi.

Aku: Ya? Kalau saya tak ada, orang lain boleh tolong renewkan?

Pegawai JPJ: Boleh, bawa lesen dan IC, ataupun bawa lesen dan sekeping gambar passport.


Ha, kecewa aku. Ceh, tak apalah, nanti minta tolong abah renewkan.


   Seterusnya, aku ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tujuan aku ke situ untuk renew IC. Ambik nombor, tak sempat duduk nombor dah dipanggil. Disebabkan cap jari kanan aku tak dapat diimbas, IC aku siap mungkin sebulan atau dua bulan kemudian. Fuh, sedih! Aku memang sedia maklum, ibu jari kanan aku merekah sampai hilang bunga :( Abah pun renew IC, IC siap hanya dalam sehari saja, tak silap abah boleh ambil IC sebelum pukul 8 malam hari ini. 


   Okay, sekian daripada aku. Alhamdulillah al kulli hal.

Comments

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Temuduga IPG : Sejarah 2015

Kau Belajar dekat China ?!?