Backpackers Trip to Hohhot, Inner Mongolia

#musafirsyawal


Day 1: 呼和浩特欢迎我们


Tiket: beli dekat app Ctrip. Kalau nak beli sini, tips untuk dapat harga yang betul-betul sama harga yang kita usha dekat laman web dia adalah dengan sign up sebagai ahli Ctrip. Kalau tak, adalah caj lebih sikit. Ada banyak laman web untuk beli tiket-tiket kereta api, kapal terbang, boleh lah nak try, China kan, mesti banyak aplikasi. Contohnya macam Qunar, E-long etc.

 Hari kejadian, kami pergi stesen kereta api, tunjuk
invoice bayaran dekat kaunter (tunjuk invoice dalam handphone, bagi je phone dekat abang kaunter) dan tunggu train. Kami naik kereta api di 北京西站 (Beijing West Railway Station). 

Penginapan: Kami book hotel siap-siap di Beijing terlebih dahulu dengan menggunakan app WeChat! Wah, sangat berguna, bukan? Satu malam, seorang spent lebih kurang 66 yuan. 





Kereta api: Fuh, kami beli jenis seat biasa ataupun dalam bahasa Cina ialah 硬座。Tempat duduk macam tempat duduk bas balik kampung dekat Malaysia. Boleh pilih banyak jenis, contohnya nak yang tempat berkatil ke, berkatil mewah sikit ke gitew~ Sakit pinggang jugak lah weh sebab perjalanan dari Beijing ke Hohhot mengambil masa lebih kurang 10 jam. Walau bagaimanapun, train kami delayed for about 3 hours kot! Jadi, kami ada dalam train selama 13 jam mak aih! Solat memang solat duduk atas kerusi tu lah, solat masa orang tengah tidur. Wudu', ada dua pilihan sama ada tahan wudu' dari Beijing atau ambil wudu' semula pakai spray. Tandas tok soh kabo, bak kata Syazwa, "Saya bukak je pintu tandas, keluar lalat."





Travel agent: Antara tujuan kami datang ke Inner Mongolia adalah untuk menunggang kuda dan menaiki unta! Wah, macam seronok, kan? Kami keluar dari stesen kereta api Hohhot, terus disapa oleh seorang travel agent perempuan. Kemudian, kami dibawa ke pejabat travel agent tersebut. Dipendekkan cerita, kami bayar keseluruhan untuk dua hari di Padang Rumput Xilamuren dan Padang Pasir Kubuqi ialah 910 yuan = RM 574. Pembahagian duit pula seperti ini: 260 yuan untuk penginapan, makanan, pengangkutan, 280 yuan untuk beberapa aktiviti di Padang Pasir Kubuqi, 370 yuan untuk aktiviti di Padang Rumput Xilamuren. Sebenarnya anda boleh mendapatkan pakej yang lagi murah, serius, cuma kita kena pandai pilih.

Bahasa: Kalau dengar-dengar halwa telinga saya, bahasa orang dekat sini sama saja dengan orang-orang di Beijing, bahasa Mandarin. Mereka juga ada bahasa Inner Mongolia sendiri, kami bertiga pun memang tak paham. 

Penginapan: Untuk malam pertama di Hohhot, kami menginap di Hotel Wangfu, seorang satu malam bersamaan dengan 66 yuan. Kami pilih tiga orang sebilik, maksudnya seorang satu katil lah, sangat berpatutan dan selesa. 





Lunch: Kami makan di sebuah kedai makan halal, yang terletak berhadapan dengan hotel yang kami menginap, Hotel Wangfu. Banyak kedai halal di sekitar hotel, memang banyak, jadi bolehlah nak pilih makan di mana-mana kedai halal.



Senyum lebar dapat menunggang kuda! 


Day 2: Hari Kuda 🐴 

   Alhamdulillah, pagi ini kami bersarapan roti dan tuna pedas yang dibawa dari Malaysia. Roti kami beli di kedai runcit lobi hotel. Kemudian, kami terus bergerak ke pejabat travel agent, 8:30 am kami bergerak!


Macho kan kuda tu! 

   Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam lebih dari Hohhot ke Xilamuren. Kawasan di situ ialah padang rumput hijau; kuda, lembu, biri-biri ada merata-rata di situ. Teruja beb teruja! Selain daripada haiwan tersebut, sis juga ada nampak rumah-rumah orang Inner Mongolia; kesemuanya dicat dengan warna putih. Sebelum sampai ke Xilamuren, van akan berhenti dulu dekat RnR, jadi anda wajiblah turun ke tandas buang hadas sebab dekat Xilamuren tiada tandas awam yang bersih. Faham eh? Kalau mampu masuk tandas awam camgitu, masuk je lah, tak marah pun.

Pak cik yang baik

   Sampai saja, aktiviti kami terus bermula. Ambil topi keledar, pakai dan kami disapa oleh seorang pak cik untuk menunggang kuda dengannya. Weh, pak cik ni baik sangat, beliau merupakan penunggang kuda yang handal di situ. First time naik kuda, peh ohsem! Ya Allah, berdebor sistur 😰 Kami naik kuda, pak cik yang guide kami duduk belakang. Dia buat bunyi siul-siul sebagai arahan dekat kuda; nak laju, nak jalan, nak stop! Serius, best giler Subhanallah best! Memang takda orang yang pegangkan kuda, kuda jalan sendiri, kami sekadar kawal kiri atau kanan saja. Kalau kuda tu lari laju, peh lajuuu weh! Dia tak lah laju macam dalam tv tu, mungkin dengan orang-orang yang tak pro naik kuda ni, lari laju tu diibaratkan lari anak-anak je kot 😂 Yang lari anak-anak ni pun dah takut weh! Sampai hilang terus selfie stick fuh 😪 Pak cik ni siap offer nak bagi kuda, halamakkk manis sungguh kata-katamu pak cik, tapi takpalah, saya taknak duduk dekat Inner Mongol. 



Teh susu masin

   Kemudian, kami berhenti di khemah orang Mongol untuk merasai gula-gula susu Mongol dan teh susu Mongol. Turun daripada kuda, masuk khemah. Ada seorang pak cik yang baik hati tuang teh untuk kami bertiga. Engkorang tahu, masa tu sis bayang teh susu ni macam teh susu dekat Malaysia tau! Dah ready nak minum, tiba-tiba abang Mongol yang jaga khemah tu cakap, "Awak kena minum sebanyak mana yang awak tuang." Waktu ini jugalah, Syazwa dan Syaf cakap, "Jiha, teh ni masin." Wuih, riak muka tu penting, memang macam tak sedap betul. Satu hirupan kecil, sis tak mampu nak habiskan. Banyak tau tak nak habiskan semangkuk kecil tu (macam dalam gambar dekat atas). Mak aih teh susu dia tu tak jadi teh susu dah sebab letak garam 😌Lain benar rasanya. Masin! Disebabkan kena juga habiskan, tutup hidung tahan nafas, teguk semangkuk! Ergh, nak bagi hilang rasa unik tu, sis pun makanlah coklat susu yang dia letak dalam pinggan-pinggan kecik atas meja tu.



Belakang kami itulah Aobaoshan

   Kemudian, kami naik kuda semula dan berhenti sebentar di satu tempat namanya Aobaoshan. Menurut kamus Pleco, Aobao ialah a pile of stones, earth or grass used by Mongolians as a road sign or a boundary sign. Di sini juga merupakan tempat orang Mongol buat aktiviti pengorbanan sebagai tanda terima kasih kepada matahari, padang rumput dsb. 

   Selesai beraktiviti kuda, kami makan tengah hari, kami hanya makan pau sahaja kerana makanan yang disediakan tidak halal. Kalau anda pilih pakej travel lain mungkin anda boleh request untuk makan makanan halal. Agak seram sebab orang Mongol ada budaya arak mereka. Jadi, depa sarungkan kain warna biru dekat tengkuk dan tuang arak untuk minum sambil ada orang menyanyi. Kau giler ha, jangan sesekali sentuh. Kiteorang lari jauh sikit, debor.


Abang-abang Mongol bergusti


  Kemudian, dalam pukul 2:30 petang, ada pertunjukan kuda. Kuda-kuda pemburu berlari dengan sangat laju dan penunggang kuda profesional menunjukkan skill individu masing-masing yang sangat mantap dan hebat! Selepas itu, ada pertunjukan gusti orang Monggol oleh budak-budak Monggol yang mungkin lebih kurang saja umurnya dengan sis, tengok muka lah sebab muda lagi.


Jalan-jalan petang

   Usai melihat pertunjukan itu, aktiviti pada petang itu ialah aktiviti bebas. Maksudnya, kami free dah lah, so kami hangkut beg masuk ke dalam rumah kami, cewah! Rehat sekejap, dalam pukul 5:30 petang, kami keluar berjalan-jalan melihat padang rumput hijau. Udara dekat situ toksah cakap, segar! Cuaca petang itu redup saja, matahari pun malu-malu berselidung di sebalik awan. 

   Waktu solat di Inner Mongolia agak lain berbanding tempat lain, Asar dalam pukul 6:40 petang, Maghrib pukul 8:40 malam dan Isyak dalam pukul 10:30 malam. Di sana, 8 malam masih lagi ada cahaya matahari, langit berwarna jingga. Cantik! 



Nampak bayang-bayang tu? Kami lah tu ceh


   Pada malam hari pula, dalam pukul 9:30 malam, ada pertunjukan yang dilangsungkan sebelah kafeteria di kawasan resort kami. Ada nyanyian, tarian dan bermain alat muzik tradisional Mongolia. Dekat tengah-tengah kawasan ada unggun api tau, ala-ala camp fire gituh. Kami pun sampai terpaksa join sekali orang duk menari keliling unggun api tu fuh!

    Dalam pukul 10:30 malam, kami masuk semula ke dalam rumah untuk berehat. Pada waktu malam, suhu di padang rumput ini jatuh banyak jugak la. Udara beransur sejuk, lantai rumah kami pun sejuk, sejuk sangat! Dekat rumah kami takda air cond, pakai air cond semula jadi lah. Sejuk dia sampai menggigil jugak la masuk bilik air.


Day 3: Gurun Kubuqi kami datang!



Sunrise

   Pukul 5 pagi, kami keluar dari khemah untuk tengok sunrise 🌅 4:57 am dah syuruk, jadi kami pergi ke arah timur padang rumput. Dari jauh dah nampak garisan-garisan oren di langit sebalik gunung-gunung.

   Dalam masa beberapa minit, matahari dengan perlahan-lahan terbit dan melimpahkan sinar cahayanya kepada seluruh alam. Memang cantik! Bukan kami sahaja yang teruja, bahkan ramai lagi pelancong lain yang turut mengambil gambar sekali.

   Pukul 6:30 am, kami ke dewan makan untuk bersarapan. Tepat pukul 7 pagi, kami pun bergerak ke Gurun Kubuqi. Van yang membawa kami berhenti di Hohhot terlebih dahulu untuk mengambil dua orang pelancong yang turut serta bersama kami ke Gurun Kubuqi. 


Unta berbonggol dua

   Dua jam lebih perjalanan dari Hohhot ke Gurun Kubuqi, jadi total perjalanan dalam 4 jam lebih untuk sampai di Gurun Kubuqi (Xilamuren-Hohhot-Kubuqi). Terdapat banyak pakej yang ditawarkan di Gurun Kubuqi, kita tak payah bayar dekat sana sebab dah bayar siap-siap dekat travel agent

   Aktiviti yang kami lakukan di Gurun Kubuqi ialah menunggang unta! Uihhh unta dua bonggol memang tinggi! Kalau sis lepas tangan, rasanya boleh jatuh atas pasir kot. Cubaan nak tangkap gambar gagal, kau tahu pak cik-pak cik ni tak bagi kita tangkap gambar, sebab depa ada photographer sendiri. Eeee kedekutnya! Dia jerit-jerit dari jauh dekat kita, halamak! Marah betul! Jadi dekat sini kami tak banyak bergambar, sebenarnya dah macam tak ada mood jugak lah, geram pulak ghase. Dekat situ ada banyak aktiviti lagi, flying fox, naik ATV, apa eh alamak tak ingat, ada banyak lagi aktiviti. Masa menaiki unta tu, ada tiga tempat unta tu akan stop. So, kalau ambik pakej ni, lama sikitlah naik unta dan bayar mahal jugaklah. Then, kami nak turun ke bawah untuk naik train comel yang bawa kami ke pintu masuk tadi. Nak turun bawah kena lah slide! Pehhhhhh tak pernah seumur hidupku slide macam tu je, bagi sis memang ekstrem beb ekstrem! Sebab jarak antara kami yang ada dekat atas padang pasir dan darat dekat bawah tu sangat tinggi! Weh serammm. Memang tak sempat nak bergambar. Telan air liur, cari semangat, fuh!


   Tamat aktiviti, kami berehat sekejap. Kemudian, pulang semula ke Hohhot. Jarak antara Gurun Kubuqi ke Hohhot dalam dua jam lebih. Sampai dekat Hohhot, kami check-in hotel lain. Kami tak check-in di Hotel Wangfu. Lupa pulak nama hotel tu, alamak! Malamnya, kami berehat aje.


Hotel: dekat Hohhot banyak sangat hotel, boleh juga kalau nak cari dekat internet, tak kisahlah nak cari dekat booking.com ke, WeChat ke, Traveloka dan sebagainyalah. 

Day 4: Hohhot: So hot! 



Wutasi

     Bermula ekspidisi kami di Hohhot pada hari keempat ini. Pada waktu pagi, kami pergi ke beberapa buah tokong (haaa masuk tokong), sekadar melihat sahaja ya, tak buat benda lain. Kami pergi ke 
五塔寺, Xilitu. Kedua-dua tokong ini sepertinya sudah tidak hidup, paham tak? Maksudnya, tak ada dah lah sami-sami, jadi tempat pelancongan. Harga tiket pula 15 kuai (bagi harga student).



Bersama laoban kedai makan halal yang berhampiran dengan Wutasi
  
   Kemudian, petangnya kami ke kawasan muslim. Kawasan ini terletak di Huimin District. Lebih kurang macam kawasan Niujie di Beijing dan Huiminjie di Xian. Sepanjang jalan ini ada banyak bangunan berkubah, ada banyak kedai-kedai halal, ramai orang muslim, jadi kita dapat lihat mak cik yang bertudung, pak cik berkopiah, mak cik berkopiah pun ada. 

      Kami mahu solat di Qingzhen Da Si (Masjid Besar) tetapi masjid ini sedang dalam pengubahsuaian. Jadi, ruangan solat wanita tak boleh digunakan. Kemudian, ada seorang kakak ni dia tunjukkan jalan kepada kami untuk ke Qingzhen Xiao Si (Masjid Kecil). Kami pun berjalan mengikut arah yang diberikan oleh akak tersebut dan ada seorang pak cik menegur kami. Dia sudi membawakan kami ke Qingzhen Xiao Si, masuk lorong sana lorong sini, kami nampak beberapa orang perempuan yang kelihatan seperti pelajar. Mungkin pelajarlah sebab depa macam tengah outing je. Pak cik itu pun tegur pelajar perempuan tersebut dan menyuruh dia untuk membawa kami ke Qingzhen Xiao Si. Tempat kami terserempak dengan pelajar perempuan itu tidak jauh pun dengan Qingzhen Xiao Si. Kami berjalan dan dari jauh nampak macam ramai sungguh orang keluar dari bangunan masjid itu. Rupa-rupanya, para ustazah mereka, kami pun bersalaman dengan para asatizah, fuh lain betul auranya. 



Sebelah bas itulah pintu masuk Qingzhen Xiao Si, pelajar wanita yang pakai shawl putih ini yang bawa kami masuk :)




Keadaan bilik darjah banat

      Masuk dalam kawasan Qingzhen Xiao Si itu, barulah kami tahu bahawa di situ juga merupakan sebuah madrasah. Surau terletak di aras dua, sekali dengan dorm dan bilik darjah pelajar perempuan. Usai solat, kami melawat kelas, dorm, berborak dengan mereka. 

      Dalam pukul 4 petang, kami pun bergerak ke hotel semula. Hujan renyai-renyai sikit. Cuaca pada hari ini panas sampai muka hitam jadinya! Petang sikit baru nak turun hujan tapi macam hujan kimia je :'P Bau hujan lain macam. Kami pulang ke hotel dah tak keluar dah malam. Berehat aje. 


Day 5: Zai Jian, Hohhot! 



Ini bukan masjid ya, sebelah bangunan putih ni, sebelah kiri nampak bumbung tradisional tu? Itulah masjid.

   Hari kelima ini rasa macam tak ada apa sangatlah, boleh kira tempat menarik dekat Hohhot dah cover masa hari keempat. Sebenarnya ada banyaklah tempat menarik, antaranya kami memang nak pergi Muzium Inner Mongolia tapi memang tak sempat semalam. Nak pergi harini pun tak sempat. Dekat muzium ini ada fosil velociraptor, dikatakan dinosaur ini ditemui di Inner Mongolia.


Adik sami tengah on duty jaga tokong

Coklat susu Mongol, pastikan yang halal ya

    Keluar pada waktu pagi, kami ke Dazhaosi dahulu. Dekat sini, tokongnya hidup. Sami-sami gigih menghafal hafalan mereka, bau kemenyan yang kuat, orang pun ramai. Tiket masuk untuk pelajar ialah 18 kuai. Dah pusing satu tokong, kami keluar ke muslim street. Kami ke sana dengan tujuan membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Alang-alang dah sampai sini, kami pun makan tengah hari di restoran yang berkonsepkan Yunnan. Jadi, makanannya ialah mixian (rice-flour noodles). Fuh semangkuk besauuu beb! Pehhhh sedap, kenyang alhamdulillah. Mak cik dan pak cik kedai pun peramah, borak sama-sama, cewah dah macam keluarga. Selesai makan, kami rasa macam awal sangat nak ke train station sebab baru pukul  petang, tiket train kami pula pukul 10:23 malam! Wuihhh, lama tu. Jadi, kami ambil keputusan untuk ke Muzium Inner Mongolia. 



Yunnan Mixian pehhh!

      Walau bagaimanapun, nasib tak menyebelahi kami. Tunggu punya tunggu, cari punya cari bas tapi entah kenapa tak jumpa. Tengok dalam Google Maps katanya dalam 41 minit untuk sampai ke sana tapi jam dah menunjukkan pukul 4 petang. Alahai, pukul 5 petang dah tutup muziumnya. Jadi, kami batalkan aje niat untuk ke muzium. Kami terus ambik beg di hotel dan bergerak ke Dicos! Ha dekat sini order dua aiskrim (memandangkan cuaca panas plus memang saja nak duduk dalam aircond). Kami stay dekat restoran Dicos dari 5 petang sampailah pukul 8:30 malam, barulah kami beransur ke train station.



Muka ceria selepas 14 jam dalam train, akhirnya sampai di Beijing!

   Natijah: 

   Kami di Inner Mongolia selama lima hari empat malam.

   Tiket kereta api hari Khamis malam, pukul 11 malam. Sampai di Hohhot pada pagi Jumaat pada pukul 10 pagi. Hari Sabtu dan Ahad kami ke Xilamuren dan Kubuqi bersama tour guide. Sampai di Hohhot semula pada Ahad petang lebih kurang pukul 7 pm. Kami checked-in hotel 120 yuan satu malam (seorang bayar 40 yuan untuk satu malam). Harga asal untuk 1 malam ialah 169 yuan tapi kami dapat diskaun sebab hotel yang kami stay itu ada hubungan dengan travel agent yang kami ambik (ceh hubungan~). Isnin dan Selasa berjalan di Hohhot, pulang semula ke Beijing pada malam hari Selasa. Tiket kami pukul 10:23 malam dan sampai di Beijing dalam pukul 12 tengah hari (train delayed lama sebab hujan).

   Bagi saya, untuk berjalan di Hohhot saya rasa sehari atau dua hari pun sudah cukup. Restoran halal ada banyak, kedai runcit pun ada jual roti-roti, biskut halal. 

  Untuk naik bas dekat sini mudah saja. Memandangkan bandarnya tidaklah sebesar Beijing, jadi basnya pun tak banyak nombor. Dengan syarat, kena tahu tulisan Mandarin, kalau tak macam mana nak baca hentian dekat stesen bas tu. Kalau tak tahu, mungkin ada cara lain untuk tahu. Tambang bas pula hanya 1 kuai sahaja. Dekat sini pun ada Uber/Grab, kami order kereta melalui aplikasi WeChat.

   Untuk pakej ke padang rumput dan padang pasir, saya rasa ada satu travel agent yang menarik (senior saya pergi under travel agent ini), saya sendiri dengar memang berbaloi. Nanti saya ingat, saya update semula post ni. 


Comments

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Temuduga IPG : Sejarah 2015

Kau Belajar dekat China ?!?