Ramadan 2.0 di Beijing




   Ramadhan tiba, marhaban ya Ramadhan, marhaban ya Ramadhan~ 

   Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi, Allah bagi nikmat untuk kita berpuasa, dapat berjumpa sekali lagi dengan bulan Ramadhan, yang penuh keberkatan. Hari ini sudah pun menjangkau 9 Ramadhan, ha sampai bulan Ramadhan terus ingat kalendar Hijrah #deep



   Semestinya, setiap kali Ramadhan tiba, pasti ada terlintas niat di hati masing-masing. Ada yang nak khatam Quran, ada yang nak menghafal Quran, ada yang nak bangun malam, ada yang nak istiqamah bersedeqah. Perbanyakkanlah niat, jitukan semangat, terus-menerus berdoa kepada Allah kerana kita sendiri tidak tahu bila waktunya Allah memakbulkan doa-doa kita, jadi teruskan meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah. InshaAllah.



   Jadi, apa cerita Ramadhan kali ini? Sekadar perkongsian bersama, perjalanan Ramadhan di bumi Beijing ini. Alhamdulillah, kali ini merupakan kali kedua saya berpuasa di bumi Beijing. Kami bersahur seawal jam 2:30 pagi sebab subuh dah mula pukul 3 pagi. Kemudian, hari-hari kami terisi seperti biasa; kami ke kelas, balik kelas memasak untuk berbuka, solat terawih, buat assignments sikit.


   Mencabar tak mencabar kena bangun pukul 2 pagi bersahur? Ha, agak mencabar, memang kena paksa bangun juga. Boleh kacau mood seharian kalau terlepas sahur. Kadang tu bila tanya member, "Apsal monyok je ni?" "Terlepas sahur..." Haaaa, jadi memang kena bekerjasama ketuk-ketuk bilik member, kejut sahur. Lebih kurang pukul 4 pagi, matahari mula memancarkan sinarnya. Warna langit pun mula bertukar jingga. Kadang, kalau sambung tidur semula lepas subuh, memang kena paksa bangun pulak untuk bersiap sedia ke kelas. Memandangkan sekarang musim panas, suhu pun makin lama makin tinggi. Makin lama memang makin mencabar. InshaAllah, ayuh kita mantapkan persediaan diri kita.




   Bersahur seawal jam 2 pagi, ada yang kata, "Eh memang tak boleh bayanglah makan pagi-pagi. Awalnya!" Haa, saya sendiri pun mula-mula bersahur awal pagi pun memang kadang tak boleh nak buka mata ni, sepet sepet je sahur. Nak konsisten bangun awal, kena tidur awal lah. Susah lah nak bangun pukul 2 pagi kalau tidur pun 1:30 pagi tu ha. Tidur awal, bangun awal. Paling lambat lambat tidur pukul 1 pagi, itupun sehari dua. Hari lain memang tidak lah tidur pukul 1 pagi. Pening kepala subuh-subuh. Subuh paling awal setakat hari ini ialah 3:11 pagi. Sambil-sambil tunggu subuh, ayuhlah kita perbanyakkan solat sunat, bacaan Quran, membaca atau boleh juga nak buat kerja-kerja lain. Manfaatkan masa yang ada untuk benda yang bermanfaat kepada diri sendiri mahupun orang lain. Kalau tidak pun, lepas subuh boleh nak buat mana-mana kerja tertunggak. Masa masih ada :) InshaAllah



   Okay, habis cerita subuh, kita sambung kepada cerita lain. Para pensyarah kami sedia maklum yang kami sedang menghadapi bulan Ramadhan, yang memerlukan kami untuk berpuasa, yang mana sebelum ini kebiasaannya kami membawa botol air ke kelas tapi bila masuk Ramadhan dah tak ada kebiasaan bawa botol air tu. Kadang pensyarah pun lupa, sampai mereka sendiri rasa segan, siap sorok botol air lagi, cute kan :) 



   Pernah juga lah beberapa kali dalam bulan Ramadhan ni kami layu je dalam kelas, ha entah lah kenapa, tapi lepas tu cuba lah. Cuba untuk bangkit! Jyeah :) Habis kelas biasanya pukul 2:50 petang, itu kalau tak sambung dengan kelas elektif. Kalau ambil kelas elektif mungkin balik pukul 5 petang atau 6 petang. Jadi, balik daripada kelas masak untuk berbuka pula. Lepas maghrib, kalau ada masa memang siapkan kerja sekolah siap-siap. Isyak masuk pukul 9 malam, terawih habis dalam 10:30 malam, 10:45 paling lambat. Kalau sistur lah kan, lepas terawih tu memang time untuk tidur. Sebab tu kerja buat awal sikit la, kalau ada assignment bertimbun baru berjaga sekejap lepas terawih.




     
   Itu cerita kalau dekat bangunan nombor 6, bangunan pelajar Malaysia. Ada juga pelajar yang berbuka puasa di masjid. Masjid Haidian yang letaknya lebih kurang 2 km dari kawasan universiti, menyediakan juadah berbuka setiap hari. Jadi, sis adalah sekali dua berbuka puasa di sini, makan semeja dengan muslimat yang ada di Beijing, yang balik dari kerja terus ke masjid untuk berbuka, nenek-nenek yang setia ke masjid setiap hari. Budaya di sini selepas azan, kita makan kurma, buah tembikai, ada roti-roti cina, minum air. Kemudian, solat Maghrib barulah makan berat. Dalam pukul 8:15 malam, kemas-kemas meja, tempat berbuka. 


   Gambar dekat atas tu gambar di ruangan solat wanita. Ada waktu memang penuh sampai ke belakang, ruangannya tak lah besar mana, berhawa dingin. Alhamdulillah, mampulah menampung jemaah yang datang. Kalau ramai sangat, ada yang kena solat di bahagian belakang ruangan solat lelaki. 



   Kelas sis pula ada dapat jemputan untuk buat persembahan sempena 一带一路, sis pun tak pasti sebenarnya, jadi kami berlatih siang malam, anda kena faham, pensyarah kelas kami mahukan hasil yang terbaik! Hah, siapa sanggup weh bulan puasa penat lagi, benda lain nak buat lagi, selepas mengharungi halangan dan ujian, alhamdulillah perform! Cewah, ni bukan masuk bakul angkat sendiri eh. Walaupun persembahan choral speaking je tapi untuk mencari satu titik kesempurnaan itu amatlah payah. 


   Nak tahu atau tidak, kami di Beijing raya pada hari Isnin, berpuasa selama 30 hari. Ha, jangan kata kita raya sama sebab Malaysia beraya pada hari Ahad tahun ini. Lagi syahdu, hari raya pertama merupakan hari pertama peperiksaan final kami bermula. Pagi-pagi sebelum ke kelas, takbir raya dulu, solat raya baru pergi kelas. Peh, mahal pengalaman ni :')




 

Comments

  1. Hi Miss Jiha, saya akan ke China juga tak lama lagi. In fact hujung bulan nie akan ke sana. Belajar di Shandong. In honesty, sft nervous nak ke sana sbb dtg dgn practically nothing 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woah, tahniah! Rilex, sediakan mental dan fizikal untuk hidup dekat tempat baru :)

      Delete
    2. Ada apa2 tips boleh dikongsi tak miss Jiha utk saya yang first time nak ke sana ni? LIke which VPN to use, buku language apa yg sesuai, the do and don't?

      Banyak nak tanya and nak tahu ni. huhu. Btw ramai tak malaysian student di sana?

      Delete
    3. Semua info yang anda mahu ada di laman web: https://limaumandarin.com/ . VPN, do&don't, food, people, culture. Malaysian student di Shandong saya tak pasti berapa banyak bilangannya.

      Delete
    4. Thank you Miss Jiha, dari td scroll page diorg tadi, byk membantu lah jugak (walaupn most stories revolve aroung beijing haha)
      Harap nanti boleh lah jumpa all malaysian student di China

      Delete
    5. Most welcome, InshaAllah, all the best, jiayou :)

      Delete

Post a Comment

Ya, saya?

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online