#4kawaiitakenippong ke Tokyo

TOKYO 13 JAN-16 JAN 2018



13/1 星期六 [SABTU]


TOKYO SKY TREE TOWER




Dalam pukul 9 pagi kami keluar, ambil train dari Hazama Station ke Shin-Okubp Station; untuk check-in guesthouse di bandar Tokyo. Kami bermalam selama lima malam di Go Japan Kokiri; berdekatan dengan Shin-Okubo Station. 

Guesthouse ini kami berkongsi dengan orang lain juga, maksudnya dapur, tandas dan shower room semua kena berkongsi dengan orang lain.

Selepas check-in, kami ke Tokyo Sky Tree Tower. Kami berjalan ke Okubo Station (Line Hijau Yamanote) kemudian naik train 🚊 sampailah ke Tokyo Skytree. Lupa pula nama stesen yang kami turun.

Nak naik atas tower dalam 4000 yen, kami tak bercadang untuk naik atas. Setakat lihat, tangkap gambar, baca dalam Google sikit info-II yang diberikan tentang Tokyo Sky Tree Tower ni. Sekitar kawasan ini ada mall, restoran, office.
                    


ASAKUSA

Ini kedainya! 

Ramen ! 

Kemudian, kami ambil train ke Asakusa. Turun saja di Asakusa Station, terus kami cari Naritaya Halal Ramen tau! Fuh waktu tu perut lapar dah, kedainya kecik molek aje, kami makan dekat tingkat atas.


Kami order Special Naritaya Ramen dan Miso Ramen 🍜, Alhamdulillah sedap sekali rasanya! Harganya pun berbaloi! Di dalam kedai ini ada prayer room di tingkat atas berserta tempat mengambil wudhu’. Toilet ada di tingkat bawah. Staff di kedai ini boleh berbahasa Indonesia serta English, nggak usah risau deh.


Holy water

Kemudian, kami berjalan di sekitar Asakusa, di situ memang ramai orang, tak kiralah orang Jepun ke, foreigners ke. Shrines di sini juga ‘hidup’, faham eh? Masih ada lagi upacara-II keagamaan yang masih dijalankan.


Sekitar situ pun ada dijual street food--- takoyaki, taiyaki, okonomiyaki dsb. Bolehlah mencuci mata, tengok makanan-makanan yang dijual.




UENO PARK

Ueno Park pada waktu malam

Kemudian, kami ke Ueno Park. Taman ini sama seperti taman-II yang lain saja, cuma yang menarik mungkin pada waktu musim bunga; bunga sakura pastinya akan memenuhi seluruh ruangan Taman Ueno ini.


Sekitar taman ini ada muzium juga. Ada juga shrine yang ditutup pukul 4:30 pm. Dari atas taman ini kami melihat saat-saat matahari terbenam cewah! Langit terus bertular jingga dan tanpa kami sedar terus bertukar gelap.


Pintu gerbang Ameyayokocho Street

Berdekatan dengan Ueno Park ini ada Ameyayokocho Street. Dekat sini ada nampak restoran Halal, ada kedai-II souvenirs, kedai-II runcit, restoran makanan Jepun dsb. Boleh juga nak mencuci mata.



AYAM-YA HALAL RESTAURANT


Suasana dalam train

Selepas berjalan-jalan di Ameyayokocho Street, kami naik train 🚊 dari Ueno Park ke Okominachi Station untuk ke Ayam-Ya Halal Restaurant; dinner. Kami followed instructions Google Maps untuk cari lokasi kedai ini.

Hidangan makanan yang kami makan di Ayam Ya

Nak order makanan guna mesin je gais, bayar, then bagi tiket dekat kaunter, then tunggu je makanan dihantar ke meja. Antara makanan yang ditawarkan kepada pelanggan ialah nasi berserta ayam goreng dipotong kecil, ramen, ayam goreng dsb.



AKIHABARA




Usai makan, kami bergerak ke Akihabara. Kami cari Exit Akhihabara Electric Town. Lebih kurang macam gitulah namanya. Kemudian, jalan-jalan tengok bangunan sekitar.

Dekat sini banyak kedai game, kedai-kedai elektronik, mall. Jalan-jalan tengok bangunan yang dilimpahi lampu neon yang berwarna-warni serta poster anime yang meriah sampailah puas, kami bergerak pulang ke hotel. Alhamdulillah :)


14/1 星期日 [AHAD]


MOUNT FUJI


A cat is taking a picture of Mt Fuji

Kami keluar dari hotel ke Stesen Shinjuku untuk naik bas ke Mt Fuji. Highway bus total pergi balik 3500 yen. Perjalanan ambil masa 2 jam lebih. Kami beli tiket Shinjuku - Kawaguchi Lake.

Oh ya, kami beli tiket bas ke Mt Fuji di Shinjuku Bus Station (berhadapan dengan Lumine Mall). Tempat nak beli tiket di aras 4F.


Kami sampai di Kawaguchi Lake lebih kurang pukul 10:30 pagi. Kemudian, kami beli tiket Sightseeing Bus [Red Line and Green Line] yang berharga 1300 yen. Tiket ini unlimited dan boleh digunakan selama 2 hari.


Hidangan di Aladdin Indo

Disebabkan kami dah mula rasa lapar, kami makan dekat Restoran Aladdin Indo, tak jauh pun dari stesen bas Kawaguchi Lake. Makan pun sudah, kami pun beratur untuk naik Kawaguchiko Sightseeing Bus Red Line untuk turun di perhentian terakhir iaitu Kawaguchiko Nature Living Center. Kalau musim bunga InshaAllah cantik sebab sini memang tempat bunga-bunga ha.

Kami turun di sini memang cari spot cantik untuk tangkap gambar Mt Fuji. Solat pun di kawasan sekitar sini. Alang-alang tunggu matahari terbenam, kami nikmati aiskrim sambil melihat langit jingga.





Kemudian, kami naik sightseeing bus semula untuk ke stesen bas utama. Jam waktu itu menunjukkan pukul 5:15 petang, kami ada masa lebih dari sejam untuk tunggu bas ke Shinjuku.

Jadi, kami duduk tunggu dalam kawasan restoran dekat office ticket tu. Sejuk weh suhu dekat luar! Kami naik bas 6:45 pm, sampai di Shinjuku dalam pukul 8:45 pm. Alhamdulillah :)


SHINJUKU

Turun saja dari bas, kami berjalan-jalan sekitar Shinjuku sambil cari kedai kebab halal. Streets dekat Shinjuku ini tak lah sesibuk street di tempat lain, pendapat peribadi lah.

Tiada rezeki kami nak makan kebab halal, kedainya sudah tutup. Jam pula menunjukkan pukul 9 pm. Mungkin dah lewat sangat agaknya. Kemudian, kami naik train untuk pulang semula ke hotel, makan maggi tom yam gais :)

15/1 星期一 [ISNIN]


KIMONO



Hari ke-empat di Tokyo, kami mulakan hari dengan memakai kimono. Kami naik train dari Shin-Okubo Station ke Yurokucho Station untuk ke Chiyoda. Kawasan di sini macam kawasan pejabat-pejabat.

Kami Google Maps - Japan National Tourism Tourist, pejabatnya dalam bangunan International Forum. Ha memang nampak papan tanda bangunan ini, masuk dalam bangunan terus nampak, office dekat tingkat 1 saja.

Disebabkan trafik di luar bangunan agak sesak, kami hanya dibenarkan bergambar di kawasan depan pejabat saja dan tak lebih daripada jalan raya depan pejabat. Pemakaian kimono juga diberi masa selama 15 mins, tapi kalau tak ramai yang menunggu giliran, lama sikit okay rasanya.

Staff di situ of course boleh berbahasa Inggeris serta Cina. Boleh juga nak bertanya apa-apa tentang culture, tempat di Jepun atau apa-apa saja kepada mereka.




MEIJI SHRINE

That kind of Japan shrine, berbeza dengan Cina dan Korea


Some of the wishes written by the local people and also foreigners


Yeah, kami terserempak dengan seniors Beijing! 
Kemudian, kami menuju ke Meiji Shrine; turun di Yoyogi Station dan cari Meiji Shrine ikut arahan Google Maps. Jalan dalam beberapa ratus meter, jumpalah dengan pintu masuk Meiji Shrine.

Shrine dekat situ ada dipamerkan tulisan-tulisan pelajar Jepun yang sangat cantik! Reka bentuk shrine pun berbeza jikalau mahu dibandingkan dengan negara China dan Korea.

Kawasan di situ sangat hijau dan menyegarkan, bayangkanlah rimba kecil di tengah-tengah bandar Tokyo yang sibuk! Woah! Sangat menyegarkan :)



MASJID CAMII TOKYO


Seni bina dalaman masjid



Kemudian, kami menghala ke Masjid Camii, alang-alang ingat nak makan lunch sekali dekat mana-mana kedai halal keliling masjid, sekali dah jalan beberapa ratus meter, kedainya tutup! MashaAllah perasaan waktu itu, lapar tapi itulah tiada rezeki tengah hari itu, kami pun bergeraklah ke masjid.

Masjidnya besar, berdiri megah di celahan bangunan lain. Tempat solat muslimah di tingkat 3, ambik wudu’ di tingkat bawah. Kawasan sekeliling masjid tidak banyak restoran halal.

Banyaknya di sekitar masjid ialah pejabat, kawasannya senyap sunyi, memang ada orang lalu-lalang, kereta lalu-lalang tapi itulah kawasannya; sunyi saja. Jepun sangat ha gitu~

Muslimah solat di aras 3, tempat ambil wudhu' di aras 1, aras 2 untuk muslimin. Di dalam masjid ini juga ada dewan besar juga, memang bercirikan Turki.



HARAJUKU - LUNCH SAMRAT




Kami Google untuk mencari restoran halal di sekitar Harajuku. Alhamdulillah, jumpalah nama restoran Samrat; ala-ala kedai nasi arab gituh. Kami order Briyani, Alhamdulillah perut pun terisi.

Kemudian, kami berjalan di sekitar Harajuku, jalannya banyak simpang, banyak jalan. Kedai berjenama mewah dan terkenal di kiri, kanan jalan. Memang banyak sangat sale untuk Tahun Baru dan mungkin untuk penghabisan stok.

Kawasan Harajuku dekat saja dengan Shibuya,  jalan sana jalan sini, masuk simpang sana masuk simpang sini eh dah sampai di kawasan Shibuya.

Kalau nak naik subway pun boleh, dari Harajuku ke Shibuya hanya satu atau dua station saja. Kami jalan-jalan, cuci mata, tengok kedai-kedai mewah yang SALE itu sekali imbas saja.



SHIBUYA




Shibuya terkenal dengan Shibuya Crossing; jalan ini sangat sibuk! Orang melintas jalan penuh setiap beberapa minit, bukan sikit-sikit saja orangnya. Saya tengok jam, masih awal. Kami dah berjanji dengan seorang kawan dari Jepun yang bernama Ai untuk berjumpa di Tokyo.


Sambil tunggu Ai, sambil melihat orang ramai yang tak henti-henti lalu-lalang. Dayana dah tersesat dekat belakang pun kami cari tak jumpa-jumpa. Walaupun dekat situ, pada waktu itu jelas-jelas hanya kami saja yang pakai tudung pun tak jumpa Dayana. Nak katanya orang ramai betul! Patah balik cari Dayana, jumpa juga Alhamdulillah. Risau dah kalau tak jumpa betul ni. Dalam pukul 6 pm, kami bertemu dengan Ai :) Yeay Alhamdulillah.


SUSHI





Malam itu kami bersama-sama dengan Ai makan raw sushi 🍣 di kawasan Harajuku; kedai sushi itu bernama Genki Sushi 🍣. Kami order seorang satu set sushi yang berharga 785 yen [lebih kuranglah]. Ada 7 ke 8 sushi sepinggan tapi memang berbaloilah.

Kedai ini memang menerima kunjungan orang ramai, kami sampai kena menunggu lebih kurang 15 mins di luar kedai sambil menunggu giliran. Saya first time makan raw sushi peh! Rasa dia, itu mungkin kali pertama dan terakhir sis makan raw sushi kot eh. Orang lain mungkin suka.


CREPE





Usai makan sushi, Ai bawa kami jalan-jalan sekitar Harajuku. Waktu itu menghapiri pukul 9 pm, banyak kedai sudah ditutup. Kami beli crepe yang ada berbagai-bagai jenis perisa, harga dalam 450 yen satu, beli dekat kedai tepi jalan. Crepe ini katanya benda kena cuba makan di Tokyo, katanyalah, tak nak cuba tak apa.


16/1 星期二 [SELASA]


ODAIBA


Guesthouse Go Japan Kokiri

Kami check-out pukul 10 pagi, kemudian naik subway ke Shinjuku Station. Kemudian, kami letak bagasi kami di loker Shinjuku Station, berharga 500 yen untuk satu loker.


Sampai saja di Odaiba, kami terus mencari Gundam! Ewah, keluar-keluar subway terus nampak Diver City Tokyo Plaza. Jadi, jalan aja sampailah masuk dalam mall.



Naik tingkat 7, ha rasanya orang yang minat Gundam dia sukalah, sebab dia paham. Kalau kaca mata saya, sekadar benda mainan gitu je lah ha. Dekat sini dari sekecik-kecik benda sampai lah Gundam yang dibentuk cantik pun ada dipamerkan. 

Ada juga kedai jualan, tengok harga je lah nak oi, ada yang nak barang Gundam dari Jepun, tak cukup duit nak beli, mahal oi, dari cukup-cukup makan dekat Jepun, terus tak makan ha kalau beli mainan tu.

Sojibu Restaurant
Halal certificate
Kami lunch di restoran Halal dalam mall itu, kami makan mi soba peh rasanya hewhew. Boleh tahan, tapi cukuplah sekali makan gitu. Sebab rasa mi pun lain dah sikit ha tak tahu lah nak describe macam mana. Kuah lebih kurang rasa kuah ramen.



Nak tengok Gundam besar tu, kami turun aras 2. Ha, nampak terus replika Gundam. Ramai juga orang bergambar dekat situ. Mula-mula mencari jugalah, sampai kena tanya pekerja sebab tak jumpa replika besar ni.

Sampai USA dah ke?

Odaiba Port

Rainbow Bridge

Kemudian, kami menghala ke Statue of Liberty, tak jauh dari situ, lebih kurang 500 m berjalan kaki. Dekat situ dah kawasan pelabuhan. Nampaklah kapal-kapal, nampak juga dari kejauhan Rainbow Bridge. 

Kami di situ sampailah matahari terbenam, kemudian kembali semula ke Shinjuku Station. Duduklah di situ sampailah tengah malam, sebab bas kami untuk ke Nagoya bergerak pada pukul 12 am.

Nantikan cerita kami di Nagoya (klik sini)

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online